Commercial WhatsApp

Utama › Servis › Cuci Langsir

Cuci Langsir Johor Bahru

Langsir tebal dan nipis. Habuk, hama dan bau dibersihkan dengan teliti supaya bilik terasa lebih segar.

Dari RM30/helai

Langsir di tingkap bilik

Apa yang kami bersihkan

  • Habuk & hamaTerkumpul pada lipatan langsir setiap hari.
  • Bau & asapBau dapur, asap dan bau hapak.
  • Penjagaan fabrikKaedah ikut jenis kain dan warna.
  • Rawatan antibakteriaPercuma untuk servis yang layak.

Harga & syarat

Harga dikira setiap helai. Harga akhir bergantung kepada saiz, ketebalan dan jenis kain.

Harga permulaan. Harga akhir disahkan selepas kami lihat gambar.

Cara tempahan

  1. 1

    Hantar gambar

    WhatsApp gambar barang dan lokasi anda.

  2. 2

    Sahkan harga

    Harga dipersetujui sebelum kerja bermula.

  3. 3

    Tempah slot

    Pilih tarikh di sistem tempahan online.

  4. 4

    Siap & hantar

    Bersih, wangi dan sedia digunakan.

Kenapa langsir perlu dicuci?

Langsir menapis habuk dan cahaya setiap hari. Habuk, asap kenderaan, bau masakan dan hama terkumpul di lipatan kain, dan semuanya bertebaran semula setiap kali langsir dibuka atau ditutup.

Langsir yang jarang dicuci menyebabkan bilik terasa pengap dan boleh mencetuskan alahan. Warna kain juga menjadi kusam lebih cepat.

Kami cadangkan langsir dicuci setiap 6 bulan hingga setahun sekali, bergantung kepada lokasi rumah. Rumah di tepi jalan utama atau berhampiran kawasan pembinaan biasanya memerlukan cucian lebih kerap.

Kami melayan pelanggan di Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Skudai, Pasir Gudang, Nusajaya, Ulu Tiram dan Pulai. Anda juga boleh hantar sendiri ke kedai kami di No. 9, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda.

Kenapa CuciXpert

  • Jaminan kulat 1 mingguTertakluk kepada terma. Naik kulat dalam tempoh itu, kami cuci semula.
  • Rawatan antibakteria percumaUntuk servis yang layak, sesuai untuk kulit sensitif.
  • Peralatan cucian profesionalMesin dan bahan ikut jenis fabrik.
  • 1 JB Kita Cover!Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Skudai, Pasir Gudang, Nusajaya, Ulu Tiram & Pulai.

Soalan lazim

Berapa harga cuci langsir?

Cuci langsir bermula RM30 setiap helai. Langsir besar atau tebal mungkin lebih. Hantar gambar dan ukuran untuk sebut harga.

Perlu tanggalkan langsir sendiri?

Bincang dengan kami di WhatsApp. Kami maklumkan pilihan yang sesuai untuk rumah anda.

Untuk premis atau pejabat?

Untuk cucian langsir di lokasi premis, lihat page Commercial Cleaning.

Berapa lama siap?

Bergantung kepada kuantiti dan cuaca untuk pengeringan. Anggaran dimaklumkan semasa tempahan.

Servis lain

Hantar gambar, dapat harga hari ini.

Sabtu – Khamis, 9 pagi – 7 malam.

WhatsApp SekarangTanya / Tempah Servis